MOST RECENT

Category

    Pengunjung

    Facebook Picture

    Followers

    Map Traffic

|

Buku Pendidikan Sex untuk Muslim Jadi Perdebatan di Pakistan


Mobin Akhtar seorang doktor di Pakistan berniat memberikan pendidikan sex, terutama bagi anak-anak muda Musllim di negeri itu dengan menerbitkan sebuah buku berjudul "Sex Education for Muslims". Buku ini bertujuan untuk memberikan pemahaman tentang sex sesuai dengan syariah Islam. Tapi kehadiran buku itu malah mencetuskan kontroversi.

Doktor berusia 81 tahun itu berkata, fakta bahawa sex masih menjadi hal yang tabu dibicarakan secara terbuka di Pakistan menyebabkan kesan serius. Itulah sebabnya ia merasa perlu untuk menulis buku "Pendidikan Sex untuk Muslim" berdasarkan apa yang ia saksikan di Pakistan.

"Ada sebuah persoalan besar di negeri kami. Remaja, terutama anak lelaki, ketika mereka memasuki masa pubertas dan mengalami perubahan kerana masa puber itu, mereka menyangka bahawa itu semua kerana beberapa penyakit."

"Mereka mulai melakukan masturbasi, dan mereka diberitahu bahawa hal itu berbahaya bagi kesihatan dan sebuah perbuatan dosa, sangat berdosa," papar Doktor Akhtar.

Beliau berkata sering menemukan kes remaja yang tidak faham atas apa yang terjadi dengan dirinya, akhirnya depresi bahkan sampai bunuh diri. Semua itu. Perkataan Doktor Akhtar, terjadi kerana adanya pandangan yang salah tentang sex.

Ia juga mendedahkan bahawa di Pakistan, ramai doktor yang sungkan membahas persoalan sex secara terbuka, begitu pula guru dan orang tua. Masyarakat konservatif di Pakistan menganggap pendidikan seks tidak pantas dan hanya akan mendorong anak-anak muda untuk melakukan hal-hal yang dilarang agama Islam.

"Mereka bertanya pada saya, kapan sebaiknya pendidikan seks diberikan pada anak-anak. Dan saya menjawab, akan setelah seorang anak boleh bercakap. Mereka harus diberitahu nama-nama alat kelamin seperti mereka diajarkan tentang nama anggota tubuh yang lain, seperti mata, hidung, telinga , "ujar Doktor Akhtar.

"Ketika anak-anak mulai besar dan mereka menanyakan tentang dari mana asal bayi, itu bukan bererti mereka aktif secara seksual atau tidak bermoral. Jangan menganggap membicarakan sex adalah perbuatan yang tidak islami," tukasnya.

"Ketika saya mulai mempelajari Al-Quran, undang-undang Islam dan pendapat para ulama tentang sex, saya menyedari bahawa banyak sekali pembahasan tentang sex dalam Islam. Ada beberapa hadis Rasulullah SAW tentang masalah sex dan sumber-sumber sejarah menunjukkan bahawa Beliau memberikan jawapan terperinci atas pertanyaan yang diajukan baik oleh kaum lelaki dan kaum wanita, "sambung Doktor Akhtar.

Dalam buku yang ditulisnya, Doktor Akhtar menghuraikan pelbagai topik antara pandangan Islam tentang masturbasi, persoalan perkahwinan, kewajipan membersihkan diri setelah melakukan hubungan sex dan tema-tema yang lain berdasarkan hadis dan Al-Quran. Tapi banyak orang Pakistan yang tidak boleh menerima kehadiran buku semacam itu. Doktor Akhtar bahkan berusaha memperhalusnya dengan menukar judul buku yang diterbitkan dalam Bahasa Urdu menjadi "Persoalan-Persoalan Khusus bagi Anak Muda." Tapi usaha itu masih belum bisa diterima masyarakat.

"Saya menerima ancaman. Sejumlah doktor bahkan menuduh saya sudah bertingkah seperti orang yang sok moden, seorang tukang ubat. Seorang politsi memanggil saya ke pejabatnya dan berkata bahawa saya sudah mendorong munculnya pornografi. Saya menjelaskan bahawa saya tidak bermaksud melakukan hal semacam itu," tutur Doktor Akhtar.

Ia mengaku sangat sedih melihat reaksi awam Pakistan atas bukunya. "Minimnya pengetahuan tentang sex menyebabkan ramai anak muda mengalami gangguan psikologi yang seharusnya tidak perlu terjadi. Kita perlu mengubah situasi ini."

"Saya hanya bicara soal mendidik masyarakat secara berperingkat dan dengan kepekaan, tapi ternyata sekarang pun kita tidak melakukan hal itu," keluh Doktor Akhtar. (Ln / bbc)

Sumber dari : ERA Muslim

Posted by Kembara Ilmu on 08:05. Filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. Feel free to leave a response

0 comments for "Buku Pendidikan Sex untuk Muslim Jadi Perdebatan di Pakistan"

Leave a reply

Blog Archive

Recently Commented

Recently Added