Berakhirnya Pembrontakan di Spanyol
Kumpulan pemisah Basque ETA, Isnin, menyatakan, gencatan senjata secara kekal terhadap kerajaan Sepanyol. Pembrontakan yang dilakukan kumpulan pemisah Basque ETA, sudah berlangsung puluhan tahun, melawan kerajaan Sepanyol. Mereka menuntut kemerdekaan.
Dalam sebuah pernyataan yang dikeluarkan surat khabar Basque Gara - ETA menyatakan menyatakan gencatan senjata secara kekal, dan ini menunjukkan komitmen yang kuat, "Untuk mencapai sebuah resolusi yang bersifat langgeng, dan menamatkan konfrontasi bersenjata."
Menteri Dalam Negeri Sepanyol Alfredo Perez Rubalcaba mengatakan bahawa kerajaan ingin melihat, apakah keputusan yang diambil oleh ETA untuk menamatkan perang bersenjata itu definitif?, Ujarnya.
Kerajaan Sosialis Sepanyol telah berkali-kali menyeru agar ETA mengumumkan secara sepihak, menamatkan kekerasan, yang telah mengakibatkan tewasnya lebih 800 korban awam. ETA berjanji untuk meletakkan senjata dan menghentikan segala bentuk keganasan.
ETA menginginkan kemerdekaan Basque di Sepanyol utara dan Perancis barat daya. Pelbagai parti-parti kiri Basque - termasuk parti Batasuna, yang mempunyai hubungan dengan ETA telah dilarang. Peraih Nobel keamanan Nelson Mandela dalam beberapa bulan terakhir mengusahakan gencatan kekal.
Kenyataan gencatan senjatan yang diumumkan kumpulan ETA ini, berlaku selepas berminggu-minggu dan pelbagai spekulasi muncul di Sepanyol bahawa ETA akan mengeluarkan kenyataan gencatan senjata.
"Ini saatnya untuk bertindak dengan tanggung jawab bersejarah. ETA menyeru kepada kerajaan Sepanyol dan Perancis untuk menamatkan semua tindakan represif dan meninggalkan sikap yang menolak terhadap negara Basque", ujar seorang juru bicara ETA.
"Penyelesaian ini akan datang melalui proses demokrasi dengan dialog dan perundingan pada saat alat usaha tersebut menunjuk ke arah kehendak rakyat Basque." "ETA akan terus meneruskan perjuangan tak kenal lelah dan usaha untuk mempromosi dan untuk membawa kepada proses demokrasi sampai ada situasi yang benar-benar demokratik di kawasan-kawasan Basque," katanya menambahkan.
Organisasi ini telah mengumumkan gencatan senjata, secara unilateral (sepihak) dan bersifat "kekal,". Ini adalah perkembangan baru di mana kumpulan pemisah Basque yang selama ini mengangkat senjata terhadap pemerintah Sepanyol dan Perancis, sekarang melakukan gencatan senjata, dan meninggalkan tindak kekerasan dan ikut dalam proses politik, meskipun yang bergabung dengan Basque tetap dilarang.
Walaupun berlaku gencatan ETA, yang berlaku sejak September, kerajaan Sepanyol belum menghentikan pengawasan terhadap kumpulan pemisah itu. Gerakan kumpulan ETA sendiri telah berpencar di negara jiran Perancis dan Portugal. (M / cnn)
Sumber dari : ERA MUSLIMERA MUSLIM