MOST RECENT

Category

    Pengunjung

    Facebook Picture

    Followers

    Map Traffic

Kembara Jelajah Semenanjung Sinai 2011

08:30 | Posted in , , | Read More »

3 Madah dah selesai....



Alhamdulillah...

Sudah selesai 3 madah...hanya tinggal 1 madah lagi...agak tebal jugak kitab doktor bagi madah terakhir ni...
Doakan ana dan sahabat dapat menempuh peperiksaan dengan mudah...Ya Allah ku mohon nusrahMu..

Antara madah yg dah dilalui bagi Tahun 2 syariah ni :

:: Tafsir Ayat Akam ::
:: Tauhid ::
:: Nahu & Sorof ::

Dan madah yang dibawa tahun 1 syariah..

:: Nahu dan Sorof ::

Kuatkanlah hambaMu ni dalam menempuh segala dugaan dan cabaran. Semoga ana thabat dalam perjuangan menegakkan agama ISLAM....

07:39 | Posted in | Read More »

Kembali dari menyepi...


Assalamualaikum...Setelah sekian lama menyepi...Tiba kembali masanya untuk menulis blog kembali....kini blog sedang dibaik pulih...harap mohon maaf sekiranya ada kesilapan kecacatan di dalam blog ini.....

07:26 | Posted in | Read More »

Selamat Hari Lahir Mak.....





Selamat Hari Lahir Mak.....Yang Ke-53

Salam....Hari merupakan hari lahir mak...Mak kesayangan ana...
14 MAC 1957...Lahirlah mak yang melahirkan,menyusukan,menjaga hingga ana besar...
Mak selalu banyak bagi nasihat dkt khalil...Khalil minta maaf kot2 buat mak marah....
Kadang-kadang khalil malas buat kerja dan macam-macam lagi...Mak baik bagi kami semua...Walau demam atau sakit mak sanggup buat sarapan pagi dkt kami masa nak p skolah...Mak juga bagi bekal dkt kami masa nak p skolah....Mak juga rajin basuh baju kami...Kadang-kadang mak ambik sendiri baju kami sendiri untuk basuh....Mak tak pernah tengking cuma kadang-kadang ja marah....Biasa la marah-marah SAYANG....heheheh...
Mak juga rajin masak..Macam-macam mak masak...Mak juga banyak bagi nasihat dkt ana masa nak bertolak ke ke Mesir...
Mak bagi pesan suruh belajaq elok2...Jangan main-main....Banyak pesanan yang mak berikan....Pengorbanan MAK kepada Khalil akan KHALIL hargai....


Terima Kasih Mak sebab banyak bagi nasihat,pesanan n jaga kami sekeluarga dari kecik hingga besaq....

InsyaAllah jika dimurahkan rezeki dan umur panjang Khalil akan jaga,menyara MAK dengan ABAH...sepertimana Mak dengan ABAH jaga KHALIL...Ni Janji KHALIL pada MAK dengan ABAH.....

Khalil Rindu Sangat Dekat MAK...
Sayang khalil dkt Mak....
Makin Jauh Makin Rindu....


Nukilan Hati
Muhammad Khalil Bin Abdullah....
Internet Rumah
Di kawasan pweymahan Ula..Dumyat...Mesir.

00:01 | Posted in | Read More »

Hari Jumaat yang Indah.....

Jumaat-[26-2-2010]

Hari KEPUTERAAN Nabi Kita Nabi Muhammad SAW.....
Permulaan Hari yg amat baik bagi ana.....Hari ana dimulai dgn Solat subuh disertai Sujud sejadah....

Selepas itu ana telah dijadualkan untuk memberi sedikit Tazkirah Subuh.....Tajuk yg diberi adalah Jumhur An-Nas dari Kitab Usul Dakwah Karangan Dr Abdul Kareem Zaidan....Tajuk Besar bagi Tajuk Jumhur An-NAs ini ialah Asnaf Mad'u...(Golongan Penerima Dakwah )....

Golongan Penerima Dakwah

Yang Pertama : Al-Mala' ( Pembesar,Orang Atasan)
Yang Kedua : Jumhur An-Nas ( Golongan Rakyat , Orang Bawahan )
Yang Ketiga : Al-Munafiqun ( Golongan Munafiq )
Yang Keempat : Al-'aso' ( Golongan yg membuat Maksiat )

Ana diminta untuk memberi Tajuk yg kedua iaitu Jumhur An-Nas...Dlm tajuk ini ditceritakan mengenai golongan Rakyat yang mudah untuk menerima ajaran dakwah atau kebenaran berbanding golongan Pembesar....Golongan pembesar ini boleh dikatakan semuanya takbur,tamak dgn kekuasaan dan tenggelam dgn kesenangan Dunia....

Golongan Rakyat ni juga mudah terpengaruh dgn pujukan golongan pembesar agar mengikut kehendak mereka...

:: Antara Faktor mereka terpengaruh adalah ::

1.) Takut...Mereka takut dgn seksaan pembesar dan ugutan pembesar.....Contohnya Firaun memberi seksaan kepada Rakyatnya sekiranya mereka tidak mengikut arahannya dan tidak menyembahnya.....

Firman Allah Taala yg bermaksud :

"Maka tidak ada yang beriman dengan Musa, melainkan pemuda-pemuda dari kaumnya (Musa) dlm keadaan takut bahawa Firaun dan para pembesar-pembesarnya akan menyiksa mereka. Sesungguhnya Firaun mebuat sewenang-wenangnya dimuka Bumi. Dan sesungguhnya dia termasuk orang-orang yang melampaui batas."
Surah Yunus : 83

2.) Terpengaruh dgn harta dan kuasa....Golongan rakyat juga mudah terpengaruh dngan harta dan kuasa...Apabila diberi kuasa mereka akan mudah kufur kepada Allah... Sesungguhnya harta dan kuasa yang sementara di dunia....

Firman Allah Taala bermaksud :

"Berkata Nuh. Ya Tuhanku, sesungguhnya mereka menderhakai aku dan mengikut orang ( Ketua yang sombong ), makin bertambah hartanya dan anaknya, makin bertambah kekafirannya."
Surah Nuh : 21


3.) Kekeliruan...Golongan ini keliru dgn ajran mereka teriam...Golongan pembesar menipu mereka dan bagi keliru golongan rakyat ini bahawa para Rasul dan Nabi ini adalah sesat....dan mereka juga mengatakan Para Rasul dan Nabi ni merosakkan Akidah mereka....

Firman Allah Taala bermaksud :

"Menyeru Firaun kaumnya: hai kaumku bukankah aku mempunyai kerajaan Mesir, sedang sungai-sungai mengalir di bawah istanaku. tidakkah kamu melihatnya."
Surah Az-Zukhruf : 51

Firaun menipu mereka dan memperdaya mereka dgn mengatakan Istananya berada diatas Sungai Nil jadi sesungguhnya dia yang berkuasa dan mengatakan ajran Nabi Musa adalah sesat disebabkan Nabi Musa tidak mepunyai apa2....

Antara lain adalah Puak2 kafir Quraisy cuba memperdaya Golongan bawahan dgn mengatakan ajaran Nabi Muhammad merosakkan Akidah mereka...dan tidak masuk akal....

Alhamdulillah dapat jugak ana sampaikan kpd rakan2....setakat itu sahaja dapat ana sampaikan....


Solat Jumaat Di Masjid Imam Syafie.


Masjid Imam Syafie
( Lambang Kapal LAyar di Kubah menunjukkan perbezaan dgn masjid2 lain )

Seterusnya pada hari ini juga ana sempat Menunaikan Solat JUMAAT di Masjid Imam Syafie....Selepas selesai solat Jumaat ana Melawat Maqam2 sekitar Masjid Imam Syafie antaranya ialah Maqam Imam Syafie, Syiekh Zakaria Al-Ansari...Antara Maqam lain yg terdapat di sekitar Masjid Imam Syafie adalah Maqam Imam Waqi' iaitu Guru Imam Syafie....Maqam Ibnu Hajar Al-Asqalani..Imam Laith dan bnyak lagi...Boleh dikatakan ramai Para Aulia dimaqamkan sekitar kawasan Masjid Imam Syafie dan sekitar kaki Bukit Muqattam ( Jabal Muqattam )....








Maqam Imam Syafie....










Maqam Imam Waqi'...


Alhamdulillah selesai dari melawat ana Ziarah sekitar Suq Syafie ( Pasar Syafie ).... Kawasan Suq tersebut amat luas dan pelbagai benda dijual disana....Contohnya macam Roadwalk di Penang atau Chowkit di KL....Tapi di suq ini lebih besar dari kedua-duanya....
Ana pergi bersama teman ana Ahmad Rosani....Beliau mencari Jam Antik untuk dibeli....
Tapi akibat terlalu besar Suq tersebut susah untuk mencari...Hanya sedikit sahaja yang dapat di cari.....tapi beliau tidak berkenan....

gAMABR SEKITAR sUQ sYAFIE....




Selepas selesai berjalan mengilingi Suq tersebut kami pulang ke Rumah masing2....

Syukur Alhamdulillah Allah mempermudahkan perjalanan kami dan urusan kami....


Semoga Allah memberkati perjalanan kami...

Amin Ya robb....

Nukilan hati Muhammad Khalil Bin Abdullah
Cyber Cafe Maka Haiyyu Sabiek....

Jam 12.00 am


08:01 | Posted in | Read More »

HAKIKAT SEBUAH DUGAAN....

HAKIKAT SEBUAH DUGAAN

KENAPA AKU DIUJI?

"Apakah manusia itu mengira mereka akan dibiarkan sahaja dengan mengatakan "Kami telah beriman," sedangkan mereka belum diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah s.w.t. mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta."

-Surah al-Ankabut ayat 2-3

KENAPA UJIAN SEBERAT INI?

"Allah s.w.t. tidak membebani sesorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."

-Surah al-Baqarah ayat 286

BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?

"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang. Dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusu`"

-Surah al-Baqarah 45

apa yang aku dapat dari semua ini?

"Sesungguhnya Allah s.w.t. telah membeli daripada orang-orang mu`min itu diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka."

-Surah at-Taubah ayat 111

AKU TAK DAPAT BERTAHAN!

"Dan janganlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah s.w.t. Sesungguhnya tiada berputus asa daripada rahmat Allah s.w.t. melainkan kaum yang kafir."

-Surah Yusuf ayat 12

10:42 | Posted in | Read More »

Selamat Ulangtahun Kelahiran yg ke-62 Buat ABAH....





Assalamualaikum...Hari ni 19 Februari 2010 hari yang bermakna bagi ana.....Hari ni hari lahirnya Insan yg paling ana sayangi iaitu Abdullah Bin Hassan...walaupun berjauhan ana tetap menyayanginya.....

Beliau ialah ABAH...Pada hari ini Genaplah umur ABAH 62 tahun....Abah sangt baik...bnyak mengajaq kami Ilmu agama walaupun Sibuk dgn Kerja...Abah bekerja sebagai Guru dan Imam Masjid...Tapi sekarang sudah menjadi PESARA guru...

Semasa kecil Abah selalu membawa ana,abg dan adik ke Masjid....Selepas ja solat Maghrib Abah akan buka cerita dkt Kami....Cerita nabi2 dan Rasul2....Boleh dikatakan Tiap2 Hari Abah akan ceritakan...
Abah sangat penyayang dan sanggup berkorban apa2 saja demi anaknya....Teringat kisah masa kecil2...Ana pergi mandi Ban(sungai)...Tapi kantoi....Abah tau dan terus memukul ana dgn Paip Getah....Tapi ana tak kisah...itu mengajar ana supaya minta kebenaran dulu kalo nak mandi dan minta ada org jaga masa mandi.....

Teringat juga...lepas solat isyak Rajin ABAH bawak pi Makan dkt luar...Kadang2 Char keoy Teow...Kadang2 Tomyam...dan bnyk lagi....

Masa lepas SPM..Ana cadang nak masuk Universiti dlm Mesia ja..Tapi Abah kata ambik STAM....Ana pun ikut cakap ABAH ja....Rupanya ABAH mengetahui apa yg Baik untuk Anaknya...

Berkat dari didikan ABAH dan MAK dapat jugak datang ke MESIR...Syukur kepada Allah....Moga ALLAH panajngkan umur ABAH dan MURAHKAN REZEKI ABAH....

nukilan dari hati anakmu di BUMI ANBIA'.... Muhammad Khalil Bin Abdullah....

18:39 | Posted in | Read More »

Blog Archive

Recently Commented

Recently Added