MOST RECENT

Category

    Pengunjung

    Facebook Picture

    Followers

    Map Traffic

|

Sebanyak 465,000 Fatwa Agama Dikeluarkan di Mesir Tahun Ini



Dar
al-Ifta, lembaga negara yang diamanahkan untuk menerbitkan fatwa agama, mengeluarkan laporan tahunan yang menyatakan bahawa lembaga ini telah mengeluarkan fatwa sebanyak 465,000 fatwa agama pada tahun 2010.

Laporan itu juga mengatakan mufti besar Mesir menerima 127 hukuman mati untuk disokong. Perlembagaan Mesir menetapkan harus adanya sokongan mufti sebelum hukuman mati dilakukan dalam kes-kes pembunuhan, rogol dan dadah. Mufti Mesir masih mempertimbangkan apakah akan menyokong beberapa kes.

Fatwa juga menyangkut masalah moden, seperti janda yang melakukan persenyawaan, penentuan jenis kelamin janin, aborsi, injap jantung buatan yang terbuat dari rangkaian babi, dan kepentingan pinjaman dalam real estate.

Menurut laporan, 2,316 fatwa yang dikeluarkan secara bertulis, 88,133 fatwa secara lisan; 255,058 melalui jawapan panggilan telefon tentang isu-isu tertentu; 113,468 melalui pertanyaan laman sesawang di Internet, dan 5,346 dalam pertanyaan luar negera.

sumber

Dipetik dari : PMRAM - We Care PMRAM

Posted by Kembara Ilmu on 19:19. Filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. Feel free to leave a response

0 comments for "Sebanyak 465,000 Fatwa Agama Dikeluarkan di Mesir Tahun Ini"

Leave a reply

Blog Archive

Recently Commented

Recently Added