MOST RECENT

Category

    Pengunjung

    Facebook Picture

    Followers

    Map Traffic

|

Presiden Russia akui Negara palestin negara yang Merdeka

http://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/b/b8/Dmitry_Medvedev_official_large_photo_-1.jpgPresiden Russia , Dmitry Medvedev menyokong negara Palestin sebagai sebuah negara merdeka pada hari Selasa semalam (18 / 1), Beliau mengatakan Moscow telah mengakui kemerdekaan Palestin pada tahun 1988 dan tidak mengubah keputusan mereka yang telah diterima pakai oleh Kesatuan Soviet tersebut.

Ketika membuat lawatan pertamanya ke Tebing Barat yang diduduki Israel sebagai ketua negara Rusia, Medvedev menerbitkan sebuah deklarasi pengakuan kenegaraan Palestin oleh Persekutuan Rusia moden yang diwakilinya.

"Keputusan Rusia tetap tidak berubah. Rusia telah membuat pilihannya sejak lama ... kami menyokong dan akan tetap menyokong hak asasi rakyat Palestin untuk sebuah negara merdeka dengan ibu negara di Baitulmuqaddis Timur," kata Medvedev.

Israel telah bimbang dalam dua bulan terakhir ini disebabkan oleh beberapa siri pengakuan oleh negara-negara Amerika Latin termasuk Brazil dan Argentina,disebabkan oleh beberapa penganalisis mengatakan negara tersebut boleh menjadi pelopor untuk langkah Palestin untuk mencari cara menjadi ahli penuh PBB jika usaha untuk menghidupkan kembali perundingan perdamaian semakin jatuh.

Pada sidang akhbar dengan Medvedev di Jericho , Mereka (Palestin) mengucapkan terima kasih kepada Rusia untuk menjadi salah satu negara pertama di dunia yang mengiktiraf negara Palestin pada tahun 1988.

Komunis Moscow mengiktiraf negara Palestin diisytiharkan oleh Yasser Arafat, dalam sebuah langkah yang memenangi sokongan luas di blok Soviet dan dunia berkembang, tetapi hanya mempunyai sedikit kesan nyata pada realiti diplomatik dan politik.

Palestin hari ini mengatakan 109 negara dari 192 negara anggota Pertubuhan Bangsa-Bangsa bersatu mengakui kenegaraan mereka. Israel telah memberi amaran bahawa "deklarasi sepihak" kenegaraan akan dapat menyusun semula proses perdamaian di Palestin.

Dipetik dari : PMRAM - We Care ISLAM

Posted by Kembara Ilmu on 08:23. Filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. Feel free to leave a response

0 comments for "Presiden Russia akui Negara palestin negara yang Merdeka"

Leave a reply

Blog Archive

Recently Commented

Recently Added