MOST RECENT

Category

    Pengunjung

    Facebook Picture

    Followers

    Map Traffic

|

NYPD mahu gunakan filem anti-islam ,THE THIRD JIHAD


NEW YORK - Jabatan Polis New York (NYPD) mahu menggunakan sebuah filem yang menggambarkan Muslim Amerika sebagai jihadi menghancurkan Amerika Syarikat sebagai latihan anti-keganasan untuk pegawai.

The Village Voice melaporkan (19/1/2011) bahawa NYPD telah menunjuk "The Third Jihad" untuk pegawai yang mengambil latihan anti-keganasan.

Jabatan ini tidak lagi memaparkan filem itu.

"Setelah dikaji, filem itu tidak sesuai," ujar wakil pesuruhjaya Paul Browne berbicara kepada Voice. "Tidak diluluskan untuk dipaparkan dalam kurikulum. Tidak akan dipaparkan untuk sebarang tujuan sekarang."

Browne yang menyebut video tersebeut dengan sebutan "sangat aneh" mengatakan bahawa filem ditunjukkan sementara pegawai mengisi dokumen-dokumen sebelum kelas bermula. Tetapi seorang polis mengatakan kepada voice bahawa pengajar juga ditontonkan dengan filem tersebut.

"The Third Jihad" adalah sebuah filem yang dibuat oleh Clarion Fund mengenai ancaman Islam untuk AS dari dalam. Clarion Fund sendiri didirikan pada 2008, menerima berjuta-juta dollar sumbangan untuk karya "Obsession" dan menghantar 30juta kopi kepada para penderma.

Filem itu, seperti "Third Jihad" terdiri daripada klip unjuk rasa anti-amerika di timur Tengah, pemuda Muslim memegang senjata dan membahas ancaman Islam.

Clarion Fund menolak memberikan respon berkaitan hal ini.

Kekuatan anti-terorisme antarabangsa NYPD yang menggunakan taktik inovatif seperti menggaji 600 ahli bahasa dan ahli awam di Islam dan Timur Tengah, dianggap salah satu yang terbaik di dunia.
sumber

Dipetik dari : PMRAM - We Care For ISLAM

Posted by Kembara Ilmu on 17:23. Filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. Feel free to leave a response

0 comments for "NYPD mahu gunakan filem anti-islam ,THE THIRD JIHAD"

Leave a reply

Blog Archive

Recently Commented

Recently Added