MOST RECENT

Category

    Pengunjung

    Facebook Picture

    Followers

    Map Traffic

|

Kerajaan Tunisia menangkap pemilik syarikat TV pengkhianat "Ben Ali"


Tunisia telah menangkap pemilik stesen TV swasta dan cawangannya untuk tuduhan "pengkhianatan" kerana menghasut kekerasan dan bekerja untuk pemimpin yang digulingkan Zine al-Abidine Ben Ali agar bekas presiden itu kembali, agensi berita negara melaporkan, Ahad semalam(23 / 1).

"Pemilik Hannibal TV (larbi Nasra), yang merupakan saudara isteri bekas presiden, dengan menggunakan saluran TV untuk menolak revolusi pemuda, memputar belit, menghasut perselisihan dan menyiarkan maklumat palsu," mengutip pernyataan sumber rasmi mengatakan.

"Tujuannya adalah untuk mencipta sebuah medium berperlembagaan, merosakkan kestabilan dan membawa negara menjadi tempat keganasan yang akan membawa kembali kediktatoran bekas presiden Ben Ali."


Pejabat berita Tunisia mengatakan Nasra dan anaknya telah ditangkap "untuk memastikan keselamatan bangsa dan kejayaan revolusi negara."

"Mereka akan dibawa ke sistem kehakiman bagi pendakwaan atas pengkhianatan peringkat tinggi dan konspirasi terhadap negara," kata badan tersebut.

Namun, stesen ini kembali menyiarkan beberapa jam kemudian. Televisyen kerajaan Tunisia mengatakan menteri kabinet Nejib Chebbi telah campur tangan untuk memastikan bahawa Hannibal TV kembali siaran, dan kerana gangguan tersebut,kerajaan meminta maaf.

Seperti televisyen negara Tunisia, Hannibal TV telah melakukan perbincangan tentang pemberontakan, berlangsungnya demonstrasi dan masa depan kerajaan peralihan.
sumber

Dipetik dari : PMRAM - We Care For ISLAM

Posted by Kembara Ilmu on 08:43. Filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. Feel free to leave a response

0 comments for "Kerajaan Tunisia menangkap pemilik syarikat TV pengkhianat "Ben Ali""

Leave a reply

Blog Archive

Recently Commented

Recently Added