Karikatur: Dari Tunisia ke Palestin
Sumber karikatur, 16/01/2011
Dari Tunisia ke Palestin dan juga kita
Hanya 29 hari, pemerintahan Ben Ali di Tunisia telah disepak-terajang rakyatnya, lalu terpaksa lari membawa diri dan keluarganya ke Arab Saudi. Agak menarik Ben Ali sempat memberi janji kepada rakyatnya agar bertenang, namun ia tidak lagi menjadi manis setelah rakyat Tunisia hilang percaya terhadap Ben Ali. Tentangan rakyat ini turut diisokong bala tentera Tunisia. Menurut media, keluarga Ben Ali terjebak dalam skandal merompak kekayaaan Negara, malah rakyat Tunisia tertekan dengan sistem yang digunakan Ben Ali. Ini baru kekangan dari pemerintah sendiri, tetapi bagaimana dengan perompak dan pengganas sebenar yang tidak malu mengakui tanah-tanah dan hak suci Palestin milik mereka? Relevan, jika cara ini dicontohi penduduk Palestin.
Mungkin agak sukar penduduk Palestin untuk bertindak sedemikian kerana pengganas utama di dunia adalah dari kalangan bijak menipu dan memperdaya. Lebih-lebih lagi, pengganas utama ini juga ada penyokongnya yang setia. Amat menyedihkan, ada pula yang mahu berdamai dengan pengganas, di samping itu sanggup pula mengawal keamanan pengganas biarpun terpaksa menuruti kehendak pengganas dengan menangkap pejuang-pejuang Palestin. Mereka berbangga dalam media kononnya gagasan keselamatan yang dibawa memberi keamanan kepada penduduk Palestin di Tebing Barat. Pemberita yang buta siarkan laporan atau mereka itu yang menipu? Rasanya tidak ada pemberita yang menyiarkan mengenai gagasan keselamatan Palestin di Tebing Barat melindungi penduduk Palestin dari kuku karat pengganas. Nampaknya, penduduk Palestin mesti berhadapan juga dengan gagasan tersebut sebelum atau selepas melanyak pengganas.
Mudah pengganas ini jatuh tersembam jika yang mengasaknya bukan dari Palestin sahaja, tetapi melibatkan asakkan dan dokongan yang berterusan dari umat pelusuk dunia. Acapkali dikatakan sedemikian tetapi ada penghadangnya yang akan membentengi pengganas.
Saat ini, seorang menteri pengganas telah menyuarakan kebimbangan berikutan apa yang berlaku di Tunisia turut mengembalikan kuasa Islam(parti/kumpulan). Tidak mustahil, akan wujud perancangan lain bagi memintas kehendak rakyat yang sewajarnya perlu diutamakan.
Kesan Tunisia turut melebar ke Syria dan Mesir apabila pemerintah di Negara tersebut mengumumkan mekanisma bagi meringankan bebanan hidup yang dihadapi rakyat.
Mungkin ini cara selayaknya menuntut janji dari pemerintah yang sanggup membolot kekayaan Negara dan mengenepikan hak-hak rakyat yang mesti diutamakan. Sudahlah malang terpaksa lari, bertambah pula hina mendapat bayaran 'cash' dari rakyatnya. Kini, satu dunia telah tahu dan tidak perlu pendedahan dari wikileaks. Inilah pengajaran kepada mana-mana pemerintah, insyaAllah di akhir khidmat kepada rakyat mendapat balasan mulia jika menuruti cara Islam.
"Lain kali nak buat gheja, buat gheja cara Islam," ungkapan peringatan dari seorang Menteri Besar.
Dipetik dari : PMRAM - MAP 2 Street