MOST RECENT

Category

    Pengunjung

    Facebook Picture

    Followers

    Map Traffic

|

Dokumen AS Bocor Lagi, White HouseTernyata Paranoid

Sebuah memo setebal 13 halaman menggambarkan ketakutan kerajaan AS terhadap ancaman kebocoran rahsia negaranya seperti yang dilakukan laman Wikileaks. Memo tersebut mengandungi dasar-dasar baru yang dilaksanakan White House untuk mencegah kebocoran itu.

Mulai sekarang, White House mengarahkan semua jabatan kerajaan dan institusi negara membuat program "ancaman orang dalam" untuk segera mengetahui jika ada pekerja yang tidak puas atau tidak boleh dipercayai, yang mungkin tergoda untuk membocorkan rahsia negara pada pihak lain, seperti yang diterbitkan Wikileaks baru- baru ini.

White House juga mendesak para pegawai negeri yang lama untuk meningkatkan keselamatan rangkaian internetnya serta menggaji pasukan pakar sakit jiwa dan pakar sosiologi yang boleh "mengesan perubahan perilaku", lalu memantau suasana hati dan sikap para kakitangan yang mempunyai akses kepada maklumat-maklumat penting dan rahsia.

Kerajaan AS mengambil dasar ini untuk mengelakkan terulangnya kebocoran rahsia negara, yang mendominasi pemberitaan media masa dalam beberapa bulan terakhir dan membuat malu kerajaan AS. Ironisnya, dua hari selepas memo di atas dihantar White House ke seluruh jabatan dan agensi negaranya, memo itu pun dibocorkan kepada kakitangan pemberitaan stesen televisyen NBC dan langsung dimuat naik ke laman web mereka.

Dalam memo itu Rumah Putih menanyakan setiap kepala jabatan kerajaan "Adakah anda punya program 'ancaman orang dalam' atau landasan untuk program semacam?" Memo itu juga menyatakan bahawa para kepala jabatan selayaknya mengawasi "kebahagian yang relatif" para pekerjanya, seorang kakitangan yang menunjukkan 'kesedihan dan kegelisahan "kemungkinan tidak boleh dipercayai.

Di bahagian lain memo tersebut, mengingatkan pembacanya pada level paranoid zaman Perang Dunia II. Rumah Putih menanyakan apakah lembaga negaranya sudah menggunakan alat pengesanan penipuan atau mengetahui adanya perjalanan luar negeri dengan frekuensi yang tidak biasa, adanya kenalan atau keutamaan terhadap pihak asing yang dilakukan oleh para kakitangan di agensi berkenaan.

Penyusun memo itu adalah Jacob J. Lew, pengarah Pengurusan dan Anggaran Pejabat Gedung Putih. Lew nampaknya juga sangat bimbang bila media masa boleh mengakses maklumat-maklumat yang boleh merugikan AS. Dalam memo itu Lew juga ingin memastikan bahawa "semua pegawai kerajaan diminta membuat laporan tentang hubungan mereka dengan media massa" serta menyarankan pada kakitangan yang sudah bersara tetap dipantau.

Kerajaan AS meyakini Bradley Manning adalah orang yang membocorkan mesej-mesej diplomatik kerajaan AS kepada Wikileaks. Walaupun Manning - seorang askar tentera yang tergolong masih junior dan pernah bertugas di Iraq - bahkan tidak mempunyai akses kepada rangkaian komputer yang digunakan Jabatan Pertahanan AS untuk menghantar beberapa maklumat rahsia. Manning kini masih berada dalam tahanan miiter dan sedang menunggu proses undang-undang di mahkamah tentera.

Menanggapi dokumen "keselamatan" yang disusun Lew, Pakar Keselamatan Nasional dari Persekutuan Ilmuwan AS Steven Aftergood pada NBC mengatakan bahawa memo itu cuma sebuah "paranoid" dan bukan untuk "keselamatan". (Ln / TI)

Sumber dari : Era Muslim

Posted by Kembara Ilmu on 15:02. Filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. Feel free to leave a response

0 comments for "Dokumen AS Bocor Lagi, White HouseTernyata Paranoid"

Leave a reply

Blog Archive

Recently Commented

Recently Added