PMRAM

Wakil PMRAM Ke Pejabat Rasmi Ketua Menteri Melaka

MELAKA, 24 Januari - Wakil PMRAM yang diketuai oleh Timbalan Presiden PMRAM, Saudara Muhamad Zuhaili Saiman telah melakukan kunjungan ke ke...

25 Jan 2011 / 0 Comments / Read More »

Muat Turun Senarai Kitab Cadangan Sempena Pameran Buku Antarabangsa

KAHERAH, 24 Jan - Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir di bawah kendalian Markaz Pengumpulan Kajian dan Hasil Penyelidikan (MANHAL) menge...

24 Jan 2011 / 0 Comments / Read More »

Tahniah Kepada Duta Besar Malaysia Ke Kaherah

KAHERAH, 20 Januari - Presiden PMRAM Saudara Shahrizan bin Mohd Hazime dalam satu kenyataannya mengucapkan syabas dan tahniah kepada Duta B...

21 Jan 2011 / 0 Comments / Read More »
Bicara Hati

3 Madah dah selesai....

Alhamdulillah...Sudah selesai 3 madah...hanya tinggal 1 madah lagi...agak tebal jugak kitab doktor bagi madah terakhir ni...Doakan ana dan ...

17 Jan 2011 / 0 Comments / Read More »

Kembali dari menyepi...

Assalamualaikum...Setelah sekian lama menyepi...Tiba kembali masanya untuk menulis blog kembali....kini blog sedang dibaik pulih...harap mo...

07 Jan 2011 / 0 Comments / Read More »

Selamat Hari Lahir Mak.....

Selamat Hari Lahir Mak.....Yang Ke-53 Salam....Hari merupakan hari lahir mak...Mak kesayangan ana...14 MAC 1957...Lahirlah mak yang mel...

14 Mar 2010 / 0 Comments / Read More »

MOST RECENT

Category

    Pengunjung

    Facebook Picture

    Followers

    Map Traffic

GALLERY

Cara mengetahui Kerosakan Laptop.....

Laptop Internet ConnectivityLaptop Won't Power Up with AC AdapterLaptop Overheating...Laptop Drives Problem...Laptop Display Failures....La...

21 Jan 2010 / 0 Comments / Read More »

Tujuan Menyambut Hari Kelahiran Rasulullah SAW...

Tujuan Menyambut Hari Kelahiran Rasulullah SAW...Tujuan menyambut hari kelahiran Rasulullah s.a.w. yang diadakan setiap tahun ialah untuk m...

15 Feb 2010 / 0 Comments / Read More »

PALESTINE

Menteri Luar Perancis disambut dengan kasut

#fullpost{display:none;}GAZA - Ahli keluarga para tahanan Palestin melontar kasut ke atas kenderaan yang dinaiki Menteri Luar Perancis, Mic...

21 Jan 2011 / 0 Comments / Read More »

Kronologi serangan Israel di Gaza 2008-2009(23)

18 Januari 2009HARI KE-23 SERANGAN ISRAEL DI GAZA(Israel umum henti serangan, pejuang berjaya bertahan)____________________________________...

18 Jan 2011 / 0 Comments / Read More »

Kronologi serangan Israel di Gaza 2008-2009(22)

17 Januari 2009HARI KE 22 SERANGAN ISRAEL DI GAZA(Hari ke-13 Serangan dan pencerobohan darat di Gaza)______________________________________...

17 Jan 2011 / 0 Comments / Read More »

Zionis ceroboh Gaza

Laporan jam 11.43 tengahari, Palestin/MesirGAZA - Sekumpulan jentera perang zionis telah menceroboh dalam jarak terbatas ke dalam tanah G...

17 Jan 2011 / 0 Comments / Read More »

ISU SEMASA

Rumah Mewah di Perancis dimiliki anak Ben Ali yang berusia 6 tahun?

Surat khabar "Le Figaro" Perancis melaporkan bahawa iseteri bekas Presiden Tunisia yang digulingkan, Leila Trabelsi telah membelikan anakny...

25 Jan 2011 / 0 Comments / Read More »

Bekas Presiden Singapura,desak Umat Islam jangan terlalu taat beragama

Islam mempunyai syariat dan cara hidup sendiri,berlainan dengan cara hidup agama lain.bermulanya hidup sehinggalah mati,bermula dari keluar...

25 Jan 2011 / 0 Comments / Read More »

Myanmar: Muslim Rogingtom yang dilupai

Dhaka, Muharram 19/Dec.25 -Sebuah tinjauan dunia Islam tidak menunjukkan gambar bahagia. Ketika kita melihat di Palestin, Afghanistan, Iraq...

24 Jan 2011 / 0 Comments / Read More »

Turki dan Yaman menandatangani 5 Perjanjian

Sana'a Safar 7/Jan.11 (iina): Selama kunjungan Presiden Turki Abdullah Gul ke Yaman. Kedua-dua negara menandatangani lima perjanjian dalam ...

24 Jan 2011 / 0 Comments / Read More »

ILMIAH

Perbahasan Ucapan Lazim Agama Islam Oleh Orang Kafir

MuqaddimahMutakhir ini ramai daripada kalangan orang bukan Islam menggunakan perkataan yang terkandung nama Allah dan ayat-ayat Allah dal...

26 Jan 2011 / 0 Comments / Read More »

Perbahasan Hukum Menyanyi dan Menggunakan Alatan Muzik

MuqaddimahDewasa ini, kita melihat ramai di kalangan umat Islam yang mengambil pelbagai alatan muzik sebagai hiburan. Ada di antaranya yang...

26 Jan 2011 / 0 Comments / Read More »

Hukum Bersalaman Antara Lelaki Dengan Perempuan

PendahuluanPara sahabat, para ulama’ salaf dan ulamak kontemporeri telah berselisih mengenai hukum bersalaman antara lelaki dan perempuan ...

26 Jan 2011 / 0 Comments / Read More »

Hukum Menyambut Krismas, Adakah Dibenarkan Memberikan Ucapan Kepada Orang Kafir?

MUQADDIMAH Tanggal 25 Disember merupakan tarikh istimewa bagi penganut agama kristian di seluruh dunia. Pada hari tersebut, para pengan...

25 Dec 2010 / 0 Comments / Read More »

BKPPPM

BANTUAN PINJAMAN KEPADA MAHASISWA PERUBATAN DI MESIR

5 Januari – Satu pinjaman daripada Amanah Raya Berhad telah dibuka kepada semua mahasiswa perubatan Mesir yang belum mendapat sebaran...

06 Jan 2011 / 0 Comments / Read More »

Tahun Baru 2011: Tahun Jauhi Maksiat

Selamat menyambut tahun baru kepada semua pelawat blog hisbah khususnya mahasiswa-mahasiawa yang berada di bumi Mesir. Kedatangan tahun...

02 Jan 2011 / 0 Comments / Read More »

BKAN Dan DPM Digesa Untuk Lakukan Solat Hajat Pada Malam Ini

Pihak Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) hari ini, melalui Setiausaha Agungnya, Saudara Ahmad Taufiq Mohd Dahlan meng...

29 Dec 2010 / 0 Comments / Read More »

DPM DUMYAT

|

Tujuan Menyambut Hari Kelahiran Rasulullah SAW...

Tujuan Menyambut Hari Kelahiran Rasulullah SAW...

Tujuan menyambut hari kelahiran Rasulullah s.a.w. yang diadakan setiap tahun ialah untuk mengingati perjuangan baginda menyebar dan meninggikan syiar Islam. Dalam upacara seperti ini, ceramah-ceramah dan forum-forum diadakan untuk memberi pengetahuan kepada mereka yang tidak tahu mengenainya, memperingatkan mereka yang lupa untuk dijadikan teladan dan ikutan.

Segala yang berlaku ke atas Nabi s.a.w., para sahabat dan mereka yang terlibat boleh dijadikan contoh dan inspirasi umat Islam.

Selain daripada peristiwa ini, terdapat hari-hari lain yang bersejarah dalam Islam yang perlu diingati seperti hari nuzul Quran, tahun Hijrah, malam israk mikraj dan sebagainya.

Memang benar Rasulullah s.a.w. tidak mengadakan amalan berarak, berzanji ataupun nasyid seperti yang diadakan sekarang ini tetapi daripada pelbagai sumber yang boleh dijadikan sandaran, umat Islam digalakkan menyambut sesuatu peristiwa besar dalam Islam.

Hari-hari tersebut mengandungi falsafah dan makna dalam kehidupan seorang Islam. Ia juga merupakan lambang kemegahan dan kebesaran Islam.

Dalam sebuah hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim, hadis daripada Ibn Abbas dinyatakan bahawa ketika Rasulullah s.a.w. tiba di Madinah, beliau telah melihat orang Yahudi berpuasa Asyura. Baginda bertanya sebab mereka berpuasa. Mereka menyatakan bahawa hari berkenaan adalah hari yang baik. Pada hari itu Allah s.w.t. melepaskan Nabi Musa a.s. dan Bani Israil daripada musuh mereka, lalu Musa berpuasa pada hari berkenaan. Mendengarkan jawapan itu baginda menyatakan bahawa baginda adalah lebih berhak terhadap Musa a.s. daripada orang Yahudi, lalu baginda berpuasa dan menyuruh para sahabat berpuasa.

Al-Hafiz Ibnu Hajar al-Asqalani menyatakan bahawa berdasarkan hadis yang dijelaskan di atas, umat Islam diharuskan memperingati hari-hari bersejarah kerana baginda Rasulullah s.a.w. pun ada memperingati hari karamnya Firaun dan terselamatnya Musa a.s. dengan berpuasa Asyura, sebagai tanda bersyukur terhapusnya kezaliman dan tertegaknya kebenaran.

Dalam al-Quran surah al-A'raf: 157 dinyatakan bahawa mereka yang beriman kepada Rasulullah s.a.w. dan memuliakannya, menolongnya dan mengikut cahaya yang diturunkan bersama al-Quran adalah termasuk dalam golongan orang yang beruntung.

Dalam surah al-Hajj: 32 terdapat firman Allah yang bermaksud: Barang siapa memuliakan tanda-tanda kebesaran Allah, maka sesungguhnya ia adalah satu gambaran ketakwaan hati.

Ayat-ayat al-Quran di atas menjelaskan bahawa orang yang memuliakan nabi adalah mereka yang untung di mana mereka akan dibalas dengan kebaikan iaitu syurga. Amalan ini memperlihatkan ketakwaan hati. ``Tanda-tanda kebesaran Allah'' yang dijelaskan di sini adalah umum yang tidak semestinya terkhusus kepada sambutan memperingati Maulidur Rasul.

Mengenai kasih terhadap baginda s.a.w. ini, Rasulullah s.a.w. sendiri ada bersabda: Tidak sempurna iman seseorang daripada kamu kecuali andainya saya (nabi) lebih dikasihi olehnya berbanding dengan kasih terhadap bapanya, anaknya juga keseluruhan manusia.

Kasih terhadap Nabi s.a.w. diistilahkan sebagai hubbu `t-takzim iaitu kasih dengan memuliakannya. Dalam usaha memuliakannya, hari kelahiran baginda disambut dengan perarakan, sambil berselawat, marhaban dan sebagainya termasuk mengadakan syarahan, forum, bacaan al-Quran dan sebagainya. Amalan seperti ini juga merupakan salah satu daripada tanda-tanda kebesaran Islam (syiar Islam).

Pada suatu ketika iaitu ketika baginda sedang duduk bersama para sahabat, seorang ketua kaum Auz bernama Saad bin Muaz telah datang. Kaum Bani Auz yang sedang duduk bersama baginda tidak bangun menyambut kedatangan ketua tadi. Baginda bersabda menyuruh mereka bangun menyambut kedatangan ketua mereka.

Imam Jalaluddin Sayuti ketika ditanya tentang sambutan ini menyatakan bahawa punca amalan tersebut ialah perhimpunan manusia, di mana ketika itu ayat-ayat al-Quran dibacakan, peristiwa-peristiwa perjuangan baginda diperdengarkan. Kemudian orang ramai akan duduk menjamu selera kemudian berpisah.

Amalan tersebut termasuk dalam amalan bid'ah hasanah (bid'ah yang baik) di mana orang yang melakukannya akan mendapat pahala kerana dalam amalan tersebut terdapat amalan memuliakan nabi, melahirkan kesyukuran kepada Allah atas rahmat-Nya menurunkan Islam melalui Muhammad sebagai pesuruh-Nya. Pendapat ini sama dengan pendapat Imam Abu Syamah, seorang ulama terkenal dari kalangan mazhab Syafie.

Umumnya ulama mazhab Syafie menghukumkan sunat merayakan hari keputeraan baginda s.a.w. Sebahagian daripada mereka menganggapnya sebagai bid'ah hasanah, iaitu amalan yang tidak diamalkan oleh Rasulullah s.a.w.

Ada pendapat menyatakan bahawa upacara tersebut tidak dilakukan oleh orang-orang salaf, iaitu umat Islam yang hidup pada kurun-kurun awal kenabian. Mereka berhujah bahawa sekiranya amalan ini baik, tentulah mereka lebih utama melakukannya kerana mereka ini memiliki rasa cinta dan kasih yang lebih kepada Rasulullah s.a.w. berbanding dengan kasih yang wujud pada generasi yang terkemudian, yang mengadakan sambutan Maulidur Rasul. Selain daripada itu, amalan memberi makan kepada orang ramai juga bukan sesuatu yang disyariatkan.

Alasan menyatakan bahawa orang zaman silam yang dikatakan memiliki rasa cinta kepada Rasulullah s.a.w. melebihi rasa cinta yang dimiliki oleh generasi yang terkemudian adalah satu kenyataan umum, memperlihatkan seolah-olah orang Islam selepas generasi tersebut umumnya mempunyai iman yang lemah, kurang rasa kasih kepada Nabi s.a.w berbanding dengan mereka yang hidup pada kurun-kurun awal kenabian. Satu alasan yang sukar dibuktikan dan banyak menimbulkan persoalan.

Mereka yang tidak setuju juga memberi alasan bahawa pada kebiasaannya banyak perkara mungkar terjadi ketika berlangsungnya acara tersebut, berlaku pembaziran elektrik di masjid-masjid. Mencemar kebersihan masjid dengan kekotoran dan sampah juga bercampur-aduk di antara lelaki dan perempuan.

Andainya difikir dari segi negatifnya, hal demikian memang boleh berlaku. Malah kalau ditinjau dari sudut lain, seseorang itu akan merasakan bahawa berarak dengan berjalan kaki juga memenatkan dan hanya membuang masa. Mendengar syarahan agama di tempat lapang juga membuang masa dan menyakitkan badan.

Tujuan utama mengadakan majlis memperingati kelahiran Rasulullah s.a.w. adalah jelas yang pada umumnya tidak melibatkan gejala-gejala buruk secara terancang dalam acara-acara yang ditetapkan. Walaupun demikian andainya keadaan seperti itu berlaku, ia adalah di luar kawalan dan tujuan dilakukan majlis ini. Alasan-alasan seperti ini sebenarnya terlalu remeh untuk dijadikan hujah dengan memperlihatkan bahawa amalan ataupun upacara seperti ini tidak seharusnya diadakan kerana ia mengundang perkara-perkara buruk akibat daripada sambutan tersebut.

Tidak pernah terjadi dalam mana-mana majlis Maulidur Rasul kaum lelaki dan perempuan duduk ataupun bercampur gaul seperti yang berlaku di kelab-kelab malam atau kelab dangdut. Tujuan menghadiri majlis maulud adalah kerana Nabi s.a.w. Ia merupakan satu ibadat yang diberi ganjaran oleh Allah. Kerana itu perilaku ketika seseorang itu menghadirinya adalah dalam batasan syariah, iaitu tidak melanggar ajaran Islam. Berbeza dengan mereka yang bercampur-gaul di kelab-kelab malam ataupun kelab dangdut. Kehadiran mereka ialah untuk berseronok-seronok memberi runtunan nafsu yang bertentangan dengan konsep ibadat.

Amalan menyambut Maulidur Rasul telah sebati dalam kehidupan orang Melayu. Ia merupakan salah satu budaya yang terterap dalam kehidupan masyarakat hasil daripada pengaruh Islam, agama yang diyakini. Kerana itu, pendapat-pendapat yang menentangnya secara tidak langsung telah menentang suatu amalan agama yang telah dilakukan oleh orang Melayu sejak begitu lama.

Walaupun demikian andainya upacara seperti ini diadakan untuk menunjuk-nunjuk, ada rasa riak oleh individu atau kumpulan-kumpulan tertentu, berlakunya pembaziran yang keterlaluan untuk mendirikan pentas misalnya, manakala kesan atau faedah mengadakan majlis itu tidak ada, pada hal wang rakyat yang digunakan tadi boleh disalurkan untuk tujuan lain, yang lebih memberi manfaat, maka ia perlu difikir secara serius dan ikhlas keperluan mengadakannya.

Untuk membuktikan seseorang ataupun satu kumpulan manusia itu berarak semata-mata kerana Allah dan nabinya atau kerana riak menunjuk-nunjuk adalah di luar kemampuan manusia untuk menentukannya. Ini kerana niat itu terletak dalam hati bukan pada kain samping yang dipakai atau langkah yang diatur sambil berselawat atau sambil memegang kain rentang.

Posted by Kembara Ilmu on 10:18. Filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. Feel free to leave a response

0 comments for "Tujuan Menyambut Hari Kelahiran Rasulullah SAW..."

Leave a reply

Blog Archive